Selasa, 6 Mei 2014

Terasa indah bila cinta telah bertamu... ♥♥♥

Terasa indah bila cinta telah bertamu
Terasa syahdu bila hati telah bersatu
Tak dapat ku mungkiri
Apa yang ku rasakan
Di saat-saat kita bersama

Kau damaikan diri ini
Sejukkan dasar jiwaku
Tenangkan resah hatiku
Tanpamu ku rasa Suramnya tanpa cinta
Oh..tanpamu kurasaResah dan gelisah


Siapa boleh teka dengan tepat lagu siapa ni??? Haaa... Khas untuk suamiku yang tersayang Muhammad Aidil...Tanpamu ku rasa,,, Suramnya tanpa cinta... Ohhh... Feeling syahdu gitew.... Entry kali ini sebagai penghargaan kepada suamiku yang tersayang yang telah banyak membantu dari sokongan moral dan fizikal sepanjang daku terlibat dalam perniagaan shaklee ini...


Masa mula-mula beliau sangat tidak menyokong penglibatan diriku dalam Shaklee ini... Tapi bila tengok tiap-tiap bulan bini asyik dapat income masyuk akhirnya die pun sokonglah juga... Walaupun pada mulanya tak mendapat sokong kan... tapi dielah yang volunteer ambil stok shaklee di Seberang Jaya sebelum sistem online dilancarkan walhal kami berada di Gelugor... Sanggup merentas lautan demi cinta pada isteri yang dikasihi... Terima kasih sayang... 

Masa down,stress... dengan masalah penghantaran dan dugaan yang hadir bertalu-talu... Dia tak putus-putus bagi sokongan... ""Dugaan hadir untuk bagi kuat semangat kita,sayang... Bukan untuk mengalah...  masih terlalu awal... Teruskan berusaha sayang... Allah ada untuk umat yang DisayangiNya...""
Speechless..terharu... Daku takkan sia-siakan pengorbananmu.. Terima kasih abang..

Usaha tanpa pengorbanan umpama madu yang hilang kemanisannya... Syukur Alhamdulillah... Dikurniakan suami yang sangat memahami dan sporting... Dialah yang menghantar barang cod,poslaju,pick up stok kat branch  dialah edar flyers... Walaupun kadang-kadang ada salah faham suami isteri sedangkan lidah pun tergigit..Inikan pula suami isteri... Terima kasih Incik suami atas segala-segalanya.... Restumu kubahagia..

Okehla.. setakat ni je... panjang-panjang melalut pulak... hikhik... Bosan nanti korang baca... Siapa gerangan suamiku... Nak tengok?? hihii... Gambar berdua ini je ada...



 


Sekian entry kali ni.. Tataaa.. Titii.. Tutuuu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan