Isnin, 19 Mei 2014

Ketahui 4 Masalah Bayi Baru Lahir...

Tiada pengalaman menyebabkan ibu baru sering kali kebingungan. Berikut ciri bayi baru lahir yang perlu diketahui. Pertimbangkan sama ada anda perlu membawa si kecil bertemu doktor atau sebaliknya.
 
 

Muntah setelah menyusu 
Semua bayi akan memuntahkan sedikit susu ibu setelah menyusu. Biasanya ia kerana belum sendawa. Agar bayi sendawa, dukung bayi dengan posisi menghadap ke tubuh anda dan biarkan kepalanya di bahu anda. Bantu dengan tepukan ringan di belakangnya. Anda perlu bertemu doktor apabila bayi anda tetap muntah walaupun tidak menghabiskan susu, apatah lagi jika diikuti cirit-birit.
 
 
Menangis tanpa henti  
Menangis merupakan salah satu cara bayi berkomunikasi dengan anda. Bayi ingin memberitahu jika dia lapar, dahaga atau merasa tidak selesa. Ibu harus panik apabila bayi menangis berterusan selama beberapa jam, terutama pada waktu petang. Kemungkinan bayi terkena kolik.
 
 
Kulit kering dan mengelupas  
Ramai bayi yang baru lahir memiliki kulit kering, mengelupas dan tidak kurang juga memiliki tanda lahir. Tidak perlu bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya. Bagaimanapun anda perlu risau jika kulit kering dan mengelupas berubah kemerahan dan membuatkan bayi tidak selesa kerana gatal. Mungkin bayi terkena ekzema.
 
 
Najisnya hitam dan berbau 
Lazimnya najis pertama bayi berwarna hitam kehijauan, melekat dan cenderung berbau seperti susu masam atau basi. Ia sangat penting sebagai penunjuk pencernaannya normal atau sebaliknya. Anda harus panik apabila keadaan najisnya seperti itu berlangsung hingga 48 jam. Kemungkinan terdapat gangguan dalam pencernaannya atau kandungan zat besi yang terlalu tinggi.

credit : pa & ma magazines

Tiada ulasan:

Catat Ulasan