Pada usia setahun anak anda semakin menunjukkan minat terhadap banyak aktiviti permainan yang boleh meningkatkan perkembangan kemahirannya. Aktiviti fizikal lebih banyak menarik minatnya.
Oleh kerana kebanyakan kanak-kanak berusia setahun ke atas sudah pandai berjalan, dia suka melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga fizikal. Selain daripada itu, dia mudah meminati permainan eksplorasi yang membolehkan dia menambahkan ilmu pengetahuan.
Antara pemainan yang sesuai untuknya adalah seperti berikut:
- Mainan bermuzik seperti kotak muzik atau bola muzik.
- Mainan yang perlu disesuaikan seperti menyusun gambar. Walau bagaimanapun, pilihlah permainan yang mudah dikendalikan.
- Buku yang mempunyai struktur berlainan supaya daya sentuhannya menjadi pelbagai. Pastikan buku yang diberikan mempunyai cirri-ciri menarik seperti gambar yang besar dan berwarna-warni.
- Mainan yang perlu disusun seperti kotak susun. Permainan ini memerlukan dia memasukkan permainan mengikut lubang kotak yang sesuai.
- Mainan yang boleh ditolak atau ditarik. Sambil berjalan, anak anda boleh membawa permainan ini bersama-samanya.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengembangkan lagi penguasaan kemahiran dirinya. Salah satunya ialah aktiviti bunyi dan perkataan dim ana anda boleh terus menyanyikan kepadanya lagu kanak-kanak. Sememangnya diakui lagu kanak-kanak baik untuk perkembangan si kecil.
Selain itu, banyakkan berbual bicara dengan anak berkenaan apa sahaja. Namun jangan sesekali bercakap pelat dengannya.
Aktiviti fizikal dan permainan dipercayai dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Contohnya, permainan pergerakan yang mudah seperti tepuk tangan dan sembunyi-sembunyi sangat baik bagi memaksimumkan penggunaan tenaganya.
sumber : majalah pa&ma
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan