Sabtu, 31 Mei 2014

Kebaikan Menemankan Isteri Bersalin

Tambah kapsyen

Hari ini kebanyakan para suami menemankan isteri mereka ketika sedang bertarung dalam proses melahirkan zuriat. Kebenaran yang diberikan oleh majoriti hospital turut mendorong para suami untuk bersama-sama menyaksikan detik bersejarah tersebut.
Memang ada banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya suami menemankan isteri bersalin. Bagi yang belum berpeluang, jangan lepaskan peluang ini sekiranya isteri anda sedang hamil sekarang.

  1. Mengurangkan debaran
Siapa yang tidak berdebar melalui saat kelahiran yang menyakitkan. Suami juga turut berdebar melihat si isteri menahan kesakitan. Justeru apabila bersama, sekurang-kurannya rasa debaran itu dapat dikongsi.

  1. Meredakan kesakitan
Walaupun ia sekadar sentuhan atau usapan perlahan daripada suami, ia dapat mengurangkan rasa sakit isteri ketika sedang mengalami kontraksi. Bahkan kata-kata semangat yang diucapkan juga mampu meredakan.

  1. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan keinsafan di hati suami apabila menyaksikan perjuangan isteri untuk melahirkan zuriat bersama.

  1. Lebih menghargai
Bukan selama ini suami tidak menyayangi dan menghargai isteri tetapi peluang menyaksikan kesusahan isteri menanggung kesakitan dan kesusahan melahirkan anak akan lebih membuatkan suami menghargai dan menyayangi isteri, anak-anak dan pastinya ibu yang telah melahirkan dia.

Sekiranya suami jenis yang cepat pitam apabila melihat darah, sebaiknya beri bantuan kepada isteri pada peringkat awal proses kelahiran bayi. Ketika ini isteri sedang mengalami kontraksi yang kerap. Suami mungkin boleh mengurankan bebanan itu dengan

*Memegang tangan isteri semasa sakit kontraksi datang.
*Mengelapkan peluh yang membasahi .
*Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.
*Memberi isteri minuman.

Sumber majalah pa&ma

Jumaat, 30 Mei 2014

Tip Jadi Papa Terbaik


Siapa cakap senang untuk menjadi seorang papa yang terbaik. Tak kira berapa usia anak anda atau berapa ramai anak yang dimiliki, anda harus tahu tugas seorang papa tidak semudah yang disangka. Apatah lagi papa adalah ketua keluarga.

Ada banyak kaedah, tip mahu pun cara yang dikemukakan bagi membantu seorang papa mampu menjadikan dirinya yang terbaik sekurang-kurangnya di mata anak sendiri. Dikongsikan di sini beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

  1. Sentiasa ada di sisi anak
Anak-anak tidak pernah kisah sama ada papanya seorang CEO atau hanya pekerja biasa. Mereka juga tidak peduli jika anda baharu dinaikkan pangkat atau anda memiliki rumah banglo yang besar dan mewah. Apa yang mereka mahu adalah papa ada di rumah ketika waktu makan, papa boleh membawa mereka kepadang bermain bola sepak atau sesekali menonton wayang bersama atau paling kurang menemankan mereka ketika waktu tidur. Nampak mudah tetapi kadang kala ia sukar direalisasikan oleh seorang papa ekoran kesibukan bekerja mencari nafkah untuk keluarga.
Tidak kira sesibuk mana anda bekerja, papa mestilah menetapkan hari untuk dihabiskan bersama anak-anak. Sekiranya mempunyai lebih daripada seorang anak, pastikan anda memperuntukkan masa tertentu dengan setiap anak,  jadi anda dapat membentuk perhubungan rapat dan unik dengan setiap anak.
Sekiranya anda terlalu letih untuk menghabiskan masa dengan anak bermain bola sepak, tukarkan dengan aktiviti lain yang lebih santai seperti menonton perlawanan bola sepak di televisyen dan sebagainya. Yang penting anda menghabiskan masa bersamanya.

  1. Menyokong hari pertamanya
Biasanya mama yang agak sibuk dan emosional dalam pencapaian pertama si anak. Jarang sekali papa ‘menyibuk’ dalam hal tersebut kecuali diberitahu oleh mama.  Walaupun sudah ada yang menguruskan hal anak tetapi tidak salah untuk papa hadir bersama menyokong. Contohnya hari pertama anak masuk ke tadika, hari pertama kelas renang, taekwando, ballet dan sebagainya lagi. Anak-anak akan ingat momen pertama dalam hidupnya bersama kehadiran orang penting dalam hidup iaitu papa dan mama. Ketahuilah papa, tiada siaran ulangan untuk semua momen indah tersebut.

  1. Ajar anak pelajaran penting
Bukankan anda adalah ketua keluarga. Maka bertanggungjawablah atas amanah tersebut. Pastikan anda orang pertama yang mengajarnya tentang tugas asas dalam kehidupan. Tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, papa orang pertama yang dipercayai oleh anak. Ajarlah anak bagaimana cara betul belajar berjalan, menggosok gigi, membersihkan diri, menunggang basikal dan lain-lain kemahiran. Anak anda memerlukan papa untuk mengajarnya tugasan besar dalam kehidupan apatah lagi tugasan harian yang mudah. Bantu anak belajar daripada kesilapan. Jika mereka melakukan kesalahan, papa seharusnya bantu mereka tidak mengulang lagi kesilapan tersebut di masa depan berbanding sekadar menghukum tanpa menerangkan mengapa.

  1. Rancang masa bersama anak
Untuk menjadi papa yang baik, anda harus bijak merancang masa bersama anak tidak kira sama ada mama ada bersama atau tanpa mama (kerana kerja luar daerah). Tidak kisah apa rancangan anda, yang penting jadikan masa bersama itu istimewa, diingati dan boleh dijadikan ulangan di masa akan datang supaya mereka ternanti-nanti masa istimewa dengan papa!

Sumber majalah pa&ma

Khamis, 29 Mei 2014

Kehidupan Selepas Kelahiran Anak


Bergelar seorang ayah! Tentu sahaja ia perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup seorang lelaki. Biasanya wanita yang baharu melahirkan cahaya mata akan dikaitkan dengan emosi yang bercampur baur bahkan jika berlarutan tanpa kawalan boleh membawa kepada masalah meroyan atau post partum.
Tahukah anda, seorang ayah juga boleh mengalami masalah tertekan selepas memiliki anak. Bagaimana mungkin rasa gembira dan bahagia kerana dikurniakan anak boleh bertukar kepada tekanan? Namun bukan semua ayah melalui pengalaman pahit ini, tetapi bagi yang bakal bergelar ayah persiapkan mentalanda untuk berhadapan dengan situasi baharu tersebut.
Sesuaikan diri dengan rutin ‘normal’ yang baharu
Ada sesetengah masa anda mungkin sangat berharapkan isteri cepat bersalin agar kehidupan normal yanglama dapat dinikmati semula. Lupakan sahaja kerana anda bakal berhadapan dengan rutin baharu yang lebih ‘menyeronokkan’.  Jangan risau! Lalui ia dengan tenang mengikut rentaknya kerana sudah pasti tanggungjawab baharu itu memerlukan banyak masa untuk anda mahir.
Biasakan diri untuk kurang tidur
Lupakan keselesaan anda tidur lena tanpa gangguan. Selamat datang ke dunia tidur tak lena. Jangan stres kerana ia pengalaman baharu yang sangat bermakna. Jangan biarkan isteri berseorangan bangun malam menjaga bayi walaupun dia yang perlu menyusukan bayi. Kehadiran anda di seawal jam 3 pagi sangat dihargai isteri. Anda boleh membantunya menukar lampin bayi. Saling membantu dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh anda berdua. Perlu diingat, isteri anda baharu sahaja melalui pengalaman melahirkan yang sangat memenatkan.
Perhatikan emosi isteri
Wanita baharu melahirkan bayi mengalami perasaan bercampur-baur antara gembira, sedih, letih, marah dan sebagainya. Ia perasaan biasa yang dialami oleh seorang ibu. Sebagai suami, anda perlu prihatin dengan perubahan tersebut. Sentiasa ada di sisi isteri, beri semangat kepadanya, jangan memarahinya, jangan tinggalkan dia keseorangan dan hulurkan bantuan dalam soal menguruskan anak.
Bersabarlah
Jika ia berkaitan soal hubungan intim, ia sepatutnya menjadi perkara terakhir yang anda fikirkan ketika melalui saat ini. Tempoh menyesuaikan diri anda berdua dalam situasi baharu tersebut memerlukan masa yang panjang. Jangan terburu-buru apatah lagi isteri baharu melalui pengalaman yang menyakitkan dalam proses melahirkan bayi. Apa pun jangan abaikan sentuhan dan belaian kasih sayang untuk terus mengukuhkan hubungan kalian berdua.
Yakinlah
Mereka berdua amat memerlukan anda selamanya. Isteri dan anak yang baharu lahir bergantung kepada anda untuk melalui fasa kehidupan yang baharu. Sebagai ketua keluarga, anda perlu terus berkeyakinan tinggi.
Jaga diri
Hormon diri anda juga sedang bercampur-baur. Jangan biarkan stres menguasai diri anda sebaliknya biarkan anda yang mengawalnya. Pastikan anda tetap menjaga kesihatan diri dengan makan secara teratur, berehat secukupnya kerana anda perlu terus kuat untuk melindungi insan tersayang dalam hidup anda. 
Sumber majalah pa&ma

Rabu, 28 Mei 2014

Tip Berjimat Cara Papa


Sebagai ketua keluarga, papa bertanggungjawab memastikan ekonomi keluarganya berjalan lancar. Sikap jimat cermat papa membantu merencanakan masa depan keluarga yang lebih cerah. Anda pula papa yang bagaimana bila berbicara soal jimat cermat.  Artikel ini berkongsi tip cara papa boleh mempraktiskan perbelanjaan berhemah.

Memiliki anak-anak yang sedang membesar dan tinggal di bandaraya sudah pasti menuntut perbelanjaan yang tidak kurang hebatnya. Dilema antara keperluan dan kemahuan dalam perbelanjaan isi rumah perlu diberi perhatian sebagai ketua keluarga. Yang pasti, si kecil tidak pernah mengerti maksud ‘tidak’ apabiladia mahukan sesuatu.

  1. Penyediaan buku catatan
Ia boleh dianggap sebagai buku log yang mencatat perbelanjaan  keluarga. Di dalam buku tersebut boleh dicatatkan segala pengeluaran wang yang dilakukan untuk tujuan perbelanjaan keluarga. Dari catatan itu, anda boleh tahu jumlah wang yang digunakan untuk mana-mana perbelanjaan yang dilakukan. Jika perbelanjaan tersebut tidak penting, ia boleh dipotong pada bulan hadapan.

  1. Buat simpanan
Mengenepikan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada pendapatan bulanan untuk tujuan simpanan. Simpanan ini perlu ada dalam pelan kewangan keluarga untuk kegunaan pada waktu kecemasan.

  1. Rancang perbelanjaan
Sebelum membeli barangan keperluan rumah tangga, pastikan membuat senarai catatan. Pastikan anda berdisiplin mengikut senarai tersebut agar kos pengeluaran kewangan boleh dikawal. Jangan sesekali membeli barang-barang yang tidak perlu.

  1. Bijak membeli
Membeli-belah ketika jualan murah juga boleh menjadi satu cara bijak membeli terutama pakaian untuk anak-anak. Namun pastikan pembelian itu berbaloi untuk jangka masa lama. Selain itu membuat tinjauan perbandingan harga juga boleh diguna pakai untuk pembelian yang bijak.

  1. Persediaan
Ini cara mudah untuk berjimat ceramt tetapi berkesan. Sebelum membawa keluarga keluar bersiar-siar di pusat membeli-belah pada hujung minggu, pastikan anda sekeluarga sudah makan makanan berat dahulu di rumah. Bila perut sudah kenyang, kurang sedikit kecenderungan membazir membeli makanan yang tidak menentu. cSekurang-kurangnya ia membantu menjimatkan kos makan dan hanya membeli makanan ringan sahaja yang diinginkan oleh anak-anak kecil. 
Sumber majalah pa&ma

Selasa, 27 Mei 2014

Kenapa Suka Gigit Kuku?


“Aiman, jangan gigit kuku. Kotor nanti kuman masuk mulut,” tegur Linda kepada anaknya yang gemar menggigit kuku. Sudah puas dia menegur, memarahi dan menasihatkan tetapi si anak tetap tidak serik mengulang tabiatnya itu.
Sebagai seorang ibu, tentu sahaja anda berasa geram dengan tabiat buruk anak dan terfikir bagaimanakah cara terbaik hendak menghentikan perbuatan tersebut. Bimbang jika tidak dihentikan, tabiat tersebut berlarutan sehingga mereka dewasa.
Mengenal pasti punca adalah langkah awal yang mesti dilakukan oleh anda apabila hendak mengatasi tabiat buruk si anak. Sebenarnya mengikut faktor psikologi, kanak-kanak yang gemar menggigit kuku mempunyai alasan tertentu mengapa mereka melakukan tabiat tersebut.
Ibu dan ayah perlu memahami kebiasaan anak yang suka menggigit kuku. Jika anda tidak pernah melalui pengalaman tersebut ketika kecil mungkin sukar bagi anda memahaminya dan kemungkinan anda cepat naik angin apabila anak terus melakukan perbuatan tersebut.
Antara punca anak gemar menggigit kuku adalah perasaan mereka yang kebosanan, kecemasan, marah dan tertekan. Anda boleh perhatikan gelagat anak apabila mereka mula menggigit kukunya. Cuba ingat kembali apa yang berlaku kepadanya sehingga membuatkan dia menggigit kukunya. Jarang sekali kanak-kanak menggigit kuku tanpa alasan yang jelas.
Berhenti gigit
Tindakan awal yang  anda lakukan sebaik melihat si kecil menggigit kuku adalah melarang perbuatan tersebut. Tidak salah membuat tindakan itu tetapi menghukum atau memarah anak hanya akan membuatkan dia semakin ingin menggigit kukunya. Sebaiknya anda analisis apa yang menjadi penyebab dia menggigit kuku.
Jika anda tidak dapat menemukan jawaban, cuba jelaskan kepada anak dengan bahasa yang mudah supaya dia faham bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan boleh membahayakannya. Jangan sekali-kali berbohong mengenai hal ini . Anda juga boleh membuat langkah berikut apabila anak memulakan tabiat menggigit kukunya.
Berikan peringatan. Jika dia mula menggigit kuku beri peringatan dengan memegang tangannya atau cara lain yang dapat menunjukkan anda melihat perbuatan tersebut. Bagaimanapun jangan sampai membuatnya berasa malu kerana teguran itu.
Berikan sesuatu untuk dipegang. Kadang kala untuk mengalihkan perhatian anak daripada melakukan perbuatan yang buruk, anda perlu memberikannya sebuah mainan atau objek lain.
Potong kuku secara teratur. Sentiasa pastikan kuku anak anda bersih dan kemas agar terhindar daripada kotoran di celah kukunya.
Tutup kukunya. Bagi kes yang semakin kronik, tindakan menutup kukunya menggunakan plaster atau penutup lain boleh dilakukan. Mungkin anda boleh memakaikan inai semula jadi pada kuku anak perempuan supaya dia merasa sayang untuk menggigitnya.
Berikan rasa tidak sedap. Mungkin anda juga boleh mencalitkan perasa pada kuku anak anda. Bagaimanapun pastikan perasa tersebut tidak berbahaya seperti beracun, melukakan kulit, mata dan tidak selamat jika termakan.

Sumber majalah Pa&Ma

Isnin, 26 Mei 2014

Si Manja Kurang Berat


Masalah kurang berat badan dalam kalangan bayi berusia setahun ke atas tidak boleh dipandang ringan.Ini kerana kurang berat badan yang sepatutnya menunjukkan anak tidak mendapat khasiat secukupnya. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan dan tumbesarannya.
Makanan lembut boleh diberikan seawal usia enam bulan. Contohnya, bubur nasi yang dikisar bersama isi ayam dan sayuran. Pelbagaikan pilihan makanan juga sayuran bagi memastikan anak mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.
Ini kerana sejenis makanan hanya mempunyai sejenis nutrien yang diperlukan sahaja. Maka jika hanya satu pilihan sahaja diambil, hanya satu jenis nutrien yang diperoleh. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan zat besi. Jadi dalam hal ini, kalsium daripada susu penting bagi kesihatan tulang yang secara tidak langsung membantu tumbesaran zat.
Zat besi pula penting bagi pembinaan sel darah, pengangkutan oksigen, penghasilan tenaga dan pertahanan sistem badan. Bagi menambah berat badan, jumlah tenaga atau kalori yang diambil perlu ditingkatkan. Contohnya, ikan digoreng terlebih dahulu sebelum isinya dicampurkan dengan bubur nasi.
Roti putih disapu dengan marjerin lembut dan sebagainya. Dalam hal ini, sedikit lemak atau minyak yang diberikan melalui masakan tidaklah menjadi mudarat asalkan dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.

sumber majalah pa&ma

Ahad, 25 Mei 2014

Dia Mula Suka Bermain


Pada usia setahun anak anda semakin menunjukkan minat terhadap banyak aktiviti permainan yang boleh meningkatkan perkembangan kemahirannya. Aktiviti fizikal lebih banyak menarik minatnya.
Oleh kerana kebanyakan kanak-kanak berusia setahun ke atas sudah pandai berjalan, dia suka melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga fizikal. Selain daripada itu, dia mudah meminati permainan eksplorasi yang membolehkan dia menambahkan ilmu pengetahuan.
Antara pemainan yang sesuai untuknya adalah seperti berikut:
  1. Mainan bermuzik seperti kotak muzik atau bola muzik.

  1. Mainan yang perlu disesuaikan seperti menyusun gambar. Walau bagaimanapun, pilihlah permainan yang mudah dikendalikan.

  1. Buku yang mempunyai struktur berlainan supaya daya sentuhannya menjadi pelbagai. Pastikan buku yang diberikan mempunyai cirri-ciri menarik seperti gambar yang besar dan berwarna-warni.

  1. Mainan yang perlu disusun seperti kotak susun. Permainan ini memerlukan dia memasukkan permainan mengikut lubang kotak yang sesuai.

  1. Mainan yang boleh ditolak atau ditarik. Sambil berjalan, anak anda boleh membawa permainan ini bersama-samanya.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengembangkan lagi penguasaan kemahiran dirinya. Salah satunya ialah aktiviti bunyi dan perkataan dim ana anda boleh terus menyanyikan kepadanya lagu kanak-kanak. Sememangnya diakui lagu kanak-kanak baik untuk perkembangan si kecil.
Selain itu, banyakkan berbual bicara dengan anak berkenaan apa sahaja. Namun jangan sesekali bercakap pelat dengannya.
Aktiviti fizikal dan permainan dipercayai dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Contohnya, permainan pergerakan yang mudah seperti tepuk tangan dan sembunyi-sembunyi sangat baik bagi memaksimumkan penggunaan tenaganya.

sumber : majalah pa&ma

KAU MERUBAH SEGALANYA NUTRIWHITE...

Mungkin ramai yang sudah tahu dan ada yang belum tahu tentang set pencuci wajah Nutriwhite. Sejak akhir-akhir ini saya kerap ditanya tentang set penjagaan wajah ni. Yelah mana tak POPULAR nye kualiti setanding SK** tapi harga murah je.. Boleh bertahan lama pulak tu... Alhamdulillah ramai yang telah buka mata tentang set penjagaan wajah ni...

Jom saya terangkan dengan lebih terperinci tentang produk ni..

kulit flawless dengan skincare semulajadi
Rangkaian set penjagaan wajah Nutriwhite

Rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep 'flawless beauty sourced from nature, perfected by science' yang bermakna kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set Nutriwhite yg lengkap mengandungi make up remover, foaming cleanser, softener (toner), daily essence, spot treatment, lotion with spf 15, overnight cream.




Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-



Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-


Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran



Overnight Renewal Whitening Cream-



Overnight Renewal Whitening Cream-

Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri



Gentle Deep Foaming Cleanser-


Gentle Deep Foaming Cleanser-

Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan



Soothing Radiance Whitening Softener-


Soothing Radiance Whitening Softener-

Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
Kudzu menegangkan dan mencerahkan
Marshmallow melembapkan


Gentle Action Makeup Remover-


Gentle Action Makeup Remover-

Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri



Daily Defense Whitening Essence


Daily Defense Whitening Essence
Diformulasi dgn:
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok2hitam
Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan dari matahari
Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit, mengembalikan seri wajah



Spot Whitening Treatment


Spot Whitening Treatment
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
Cats Claw menegangkan kulit
Vitamin C aktif membawa kecerahan untuk kulit dan lebih halus

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
♥ Shaklee ID 1000963
♥ syahidazakaria285@yahoo.com.my 
♥ 019-4884613 (sms/whatsapp/wechat/call)
♥ Free consultation for every purchase
♥ LIKE Fanpage FB Family Healthy Nutritions
♥ FB:  Syahida Zakaria (SILA ADD FRIEND DULU YE)

♥COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Pulau Pinang,Seberang Jaya,Georgetown,Bukit Gelugor,Batu Maung,Bayan Lepas,Bayan Baru,USM Pulau Pinang dan meluaskan jaringan area Balik Pulau