Khamis, 26 Jun 2014

Bekam amalan sunnah di Merbok,Sungai Petani.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ini saya nak share tentang amalan sunnah nabi yang saya rasa ramai yang dah tau kot. Iaitu berbekam. Jom kite review apa tu bekam?

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dalam riwayat Ibnu Ma'ud menyatakan... Masa malam Nabi Muhammad s.a.w di isra' kan oleh Allah s.w.t, sekumpulan para malaikat membekam dirinya..dan dikatakan disitu " wahai Muhammad suruhlah umat mu berbekam..kerana sebaik-baiknya rawatan adalah berbekam"

2. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

3. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) ....

4. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

5. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

6. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

7. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Ok. Sebenarnya siang tadi saya dan suami bawa parents berbekam. Ayah dan mak saya teringin sangat berbekam. Jadi kami suami isteri pakat survey tempat mana yang ok nak bawa mereka.

Alhamdulillah.dapat juga contact paksu dan maksu. Rupa-rupanya dekat dengan kampung saya di Yan.

Mula-mula tu takut jugak nak pergi.tapi rasa nak mencuba tu kuat.so saya redah jela. Kalau kaum lelaki paksu yang buat. Kaum wanita maksu yang buat sendiri bekam ni.

Alhamdulillah.puas hati. Ingatkan mahal la kan.sebab ramai kata bekam ni kira cup.rupa-rupanya… jeng…jeng…jeng…
Murah jee... Buatlah banyak mana cup yang anda mahu tapi upah cuma RM30 je. Siap bg consultation lagi. Urutan pun sangat selesa. Saya request maksu tlg urut urat susu. Memang segarla badan. Sape yang dok dekat merbok sungai petani memang rugila tak singgah mencuba. Paksu dan maksu peramah orangnya. Tak lokek ilmu pulak. Lepas ni saya nak repeat p lagi la.

Best baq ang..

Ni contact no Paksu Hamid Bekam 019-444 5201

Psstt.. Sori gambar takde sbb tadi phone tggl dalam keta. :-D

#bekam #merbok #sungaipetani #murah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan