Isnin, 28 April 2014

ULSER MULUT....

Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.



Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini ?
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai :
bullettanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
bulletulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
bulletsakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :
bulletkecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
bulletdaya menahan sakit yang lemah.
bulletkekurangan zat dalam makanan yang diambil.
bullettekanan perasaan (stress).
bulletalahan kepada makanan seperti nanas dsb.
bulletpenyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
bulletpengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
bulletjauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
bulletkurangkan air berasid.
bulletgunakan antiseptik untuk berkumur.
bulletletak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
bulletletak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
bulletminum air dengan banyak.
bulletelakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.


bulletambil mineral zink dan zat besi.


bullettambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
bulletvitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
bulletuntuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.


bulletpengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

♥ Shaklee ID 1000963
♥ syahidazakaria285@yahoo.com.my 
♥ 019-4884613 (sms/whatsapp/wechat/call)
♥ Free consultation for every purchase
♥ LIKE Fanpage FB Family Healthy Nutritions
♥ FB:  Syahida Zakaria (SILA ADD FRIEND DULU YE)

♥COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Pulau Pinang,Seberang Jaya,Georgetown,Bukit Gelugor,Batu Maung,Bayan Lepas,Bayan Baru,USM Pulau Pinang dan meluaskan jaringan area Balik Pulau

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan