Rabu, 17 Disember 2014

kulit serah sekata,bersih dan tak perlu mekap tebal!! Jerawat segan nak singgah!!

Siapa yang tak jatuh cinta dgn esp + vita c bila effect jadi camni... Habaq mai...

Cerah sekata...
Kulit bersih...
Make up pun takperlu tebal dah...
Nipis² je natural gitu...
Jerawat pun segan nak singgah u'ols...

Nak try? Bulanni promo vita c tau...
Nak tau ape special promo meh whatsapp...
Syahida Zakaria
0194884613 whatsapp
Cod #shaklee #penang #seberangjaya #bayanlepas #bukitjambul #georgetown #gelugor #farlim #jelutong #pulaupinang #sungainibong


#visitmyig #instalike #igshop #instashop #intagrammers #igreview #freeigreview #swapigreview #bazaarpaknil #sayajual #shakleepenang #shakleeeffect #love #beautyfrominside #beauty #healthyskin #healthy #health #wellness #sustainedrelease

Sabtu, 29 November 2014

Seminar Penyusuan Susu Ibu

Satu Seminar Penyusuan Susu Ibu akan diadakan pada 28 november 2014 bertempat di Dewan Terbuka SMK SG KAPaR Dengan hanya RM20 sahaja anda dapat menambah ilmu mengenai penyusuan susu ibu serta cara yang betul untuk menyimpan dan mengendalikan stok. Ibu-ibu yang mengandung anak pertama atau yang ingin menjayakan penyusuan secara eksklusif sangat bagus untuk turut serta seminar ini.

Berminat boleh terus whatsapp 0129402801

Jumaat, 28 November 2014

resdung penyakit keturunan?

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Atasi masalah resdung anda segera.
Sekiranya berminat mencuba set resdung kami sila hubungi maklumat berikut:



♥ Syahida Zakaria
♥ Shaklee ID 1000963
♥ syahidazakaria285@yahoo.com.my
♥ 019-4884613 (sms/whatsapp/wechat/call)
♥ Free consultation for every purchase
♥ LIKE Fanpage FB Family Healthy Nutritions
♥ FB:  Syahida Zakaria (SILA ADD FRIEND DULU YE)
♥COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Pulau Pinang,Seberang Jaya,Georgetown,Bukit Gelugor,Batu Maung,Bayan Lepas,Bayan Baru,USM Pulau Pinang dan meluaskan jaringan area Balik Pulau
#pengedarshakleepulaupinang 

Khamis, 26 Jun 2014

Kudap-kudapan yang berkhasiat

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


nya membantu anda berjaga malam tau. Tak percaya? Cubalah dulu...

Alang-alang saya sentuh topik vitamin c chew ni.jom kita tinjau kelebihan dan khasiat vitamin c chew pujaan ramai ni.

Kelebihan Vitamin C Shaklee (either 500mg or 100mg, sama je...)

menguatkan sistem imunisasi - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun.
mencantikkan kulit - membantu kulit lebih cerah, melambatkan penuaan & menyekat pembentukan pigmentasi yang menjadi punca utama jeragat
membaiki simptom pendarahan - kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering & ruam
memerangi kanser - merupakan satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatjan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk menentang sel-sel kanser
memperbaiki insomnia - memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.Vitamin C CHewable 100mg ini bukan hanya mengandungi Vitamin C, tetapi juga diperkayakan dengan khasiat Rose Hipsdan juga Citrus Bioflavonoids. Ramai juga yang sedia maklum bahawa sebiji Vitamin C 500mg Shaklee adalah bersamaan khasiatnya dengan 7 biji buah oren manakala bagi sebiji Vitamin C Chewable 100mg pula, khasiatnya adalah bersamaan dengan 2 biji buah oren. 

Mungkin ramai yang makan buah oren/buah-buahan lain setiap hari, tapi adakah khasiat yang diperolehi mencukupi? Menurut kajian, setiap hidangan buah0buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah tersebut ranum. Oleh itu, sekiranya buah tersebut tidak ranum, maka kandungan vitamin c nya juga adalah berkurangan. Kandungan vitamin c pada buah juga boleh berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada panas.

Jadi agaknya berapa mg saja kandungan vitamin c yang boleh kita perolehi dari buah-buahan yang kita makan setiap hari. Mungkin tidak mencukupi, oleh disebabkan itu kita perlu menampung kekurangan tersebut dengan pengambilan Vitamin C Chewable 100mg/500mg setiap hari.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
♥ Syahida Zakaria
♥ Shaklee ID 1000963
♥ syahidazakaria285@yahoo.com.my 
♥ 019-4884613 (sms/whatsapp/wechat/call)
♥ Free consultation for every purchase
♥ LIKE Fanpage FB Family Healthy Nutritions
♥ FB:  Syahida Zakaria (SILA ADD FRIEND DULU YE)

♥COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Pulau Pinang,Seberang Jaya,Georgetown,Bukit Gelugor,Batu Maung,Bayan Lepas,Bayan Baru,USM Pulau Pinang dan meluaskan jaringan area Balik Pulau

#pengedarshakleepulaupinang 
#pengedarshakleepenang
#pengedarshakleebatumaung 
#pengedarshakleebayanlepas
#pengedarshakleebalikpulau 
#pengedarshakleeUSMgelugor
#pengedarshakleejelutong 
#pengedarshakleegeorgetown
#pengedarshakleepadangkota 
#pengedarshakleefarlim

Bekam amalan sunnah di Merbok,Sungai Petani.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ini saya nak share tentang amalan sunnah nabi yang saya rasa ramai yang dah tau kot. Iaitu berbekam. Jom kite review apa tu bekam?

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dalam riwayat Ibnu Ma'ud menyatakan... Masa malam Nabi Muhammad s.a.w di isra' kan oleh Allah s.w.t, sekumpulan para malaikat membekam dirinya..dan dikatakan disitu " wahai Muhammad suruhlah umat mu berbekam..kerana sebaik-baiknya rawatan adalah berbekam"

2. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

3. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) ....

4. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

5. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

6. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

7. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Ok. Sebenarnya siang tadi saya dan suami bawa parents berbekam. Ayah dan mak saya teringin sangat berbekam. Jadi kami suami isteri pakat survey tempat mana yang ok nak bawa mereka.

Alhamdulillah.dapat juga contact paksu dan maksu. Rupa-rupanya dekat dengan kampung saya di Yan.

Mula-mula tu takut jugak nak pergi.tapi rasa nak mencuba tu kuat.so saya redah jela. Kalau kaum lelaki paksu yang buat. Kaum wanita maksu yang buat sendiri bekam ni.

Alhamdulillah.puas hati. Ingatkan mahal la kan.sebab ramai kata bekam ni kira cup.rupa-rupanya… jeng…jeng…jeng…
Murah jee... Buatlah banyak mana cup yang anda mahu tapi upah cuma RM30 je. Siap bg consultation lagi. Urutan pun sangat selesa. Saya request maksu tlg urut urat susu. Memang segarla badan. Sape yang dok dekat merbok sungai petani memang rugila tak singgah mencuba. Paksu dan maksu peramah orangnya. Tak lokek ilmu pulak. Lepas ni saya nak repeat p lagi la.

Best baq ang..

Ni contact no Paksu Hamid Bekam 019-444 5201

Psstt.. Sori gambar takde sbb tadi phone tggl dalam keta. :-D

#bekam #merbok #sungaipetani #murah

Sabtu, 31 Mei 2014

Kebaikan Menemankan Isteri Bersalin

Tambah kapsyen

Hari ini kebanyakan para suami menemankan isteri mereka ketika sedang bertarung dalam proses melahirkan zuriat. Kebenaran yang diberikan oleh majoriti hospital turut mendorong para suami untuk bersama-sama menyaksikan detik bersejarah tersebut.
Memang ada banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya suami menemankan isteri bersalin. Bagi yang belum berpeluang, jangan lepaskan peluang ini sekiranya isteri anda sedang hamil sekarang.

  1. Mengurangkan debaran
Siapa yang tidak berdebar melalui saat kelahiran yang menyakitkan. Suami juga turut berdebar melihat si isteri menahan kesakitan. Justeru apabila bersama, sekurang-kurannya rasa debaran itu dapat dikongsi.

  1. Meredakan kesakitan
Walaupun ia sekadar sentuhan atau usapan perlahan daripada suami, ia dapat mengurangkan rasa sakit isteri ketika sedang mengalami kontraksi. Bahkan kata-kata semangat yang diucapkan juga mampu meredakan.

  1. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan keinsafan di hati suami apabila menyaksikan perjuangan isteri untuk melahirkan zuriat bersama.

  1. Lebih menghargai
Bukan selama ini suami tidak menyayangi dan menghargai isteri tetapi peluang menyaksikan kesusahan isteri menanggung kesakitan dan kesusahan melahirkan anak akan lebih membuatkan suami menghargai dan menyayangi isteri, anak-anak dan pastinya ibu yang telah melahirkan dia.

Sekiranya suami jenis yang cepat pitam apabila melihat darah, sebaiknya beri bantuan kepada isteri pada peringkat awal proses kelahiran bayi. Ketika ini isteri sedang mengalami kontraksi yang kerap. Suami mungkin boleh mengurankan bebanan itu dengan

*Memegang tangan isteri semasa sakit kontraksi datang.
*Mengelapkan peluh yang membasahi .
*Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.
*Memberi isteri minuman.

Sumber majalah pa&ma

Jumaat, 30 Mei 2014

Tip Jadi Papa Terbaik


Siapa cakap senang untuk menjadi seorang papa yang terbaik. Tak kira berapa usia anak anda atau berapa ramai anak yang dimiliki, anda harus tahu tugas seorang papa tidak semudah yang disangka. Apatah lagi papa adalah ketua keluarga.

Ada banyak kaedah, tip mahu pun cara yang dikemukakan bagi membantu seorang papa mampu menjadikan dirinya yang terbaik sekurang-kurangnya di mata anak sendiri. Dikongsikan di sini beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

  1. Sentiasa ada di sisi anak
Anak-anak tidak pernah kisah sama ada papanya seorang CEO atau hanya pekerja biasa. Mereka juga tidak peduli jika anda baharu dinaikkan pangkat atau anda memiliki rumah banglo yang besar dan mewah. Apa yang mereka mahu adalah papa ada di rumah ketika waktu makan, papa boleh membawa mereka kepadang bermain bola sepak atau sesekali menonton wayang bersama atau paling kurang menemankan mereka ketika waktu tidur. Nampak mudah tetapi kadang kala ia sukar direalisasikan oleh seorang papa ekoran kesibukan bekerja mencari nafkah untuk keluarga.
Tidak kira sesibuk mana anda bekerja, papa mestilah menetapkan hari untuk dihabiskan bersama anak-anak. Sekiranya mempunyai lebih daripada seorang anak, pastikan anda memperuntukkan masa tertentu dengan setiap anak,  jadi anda dapat membentuk perhubungan rapat dan unik dengan setiap anak.
Sekiranya anda terlalu letih untuk menghabiskan masa dengan anak bermain bola sepak, tukarkan dengan aktiviti lain yang lebih santai seperti menonton perlawanan bola sepak di televisyen dan sebagainya. Yang penting anda menghabiskan masa bersamanya.

  1. Menyokong hari pertamanya
Biasanya mama yang agak sibuk dan emosional dalam pencapaian pertama si anak. Jarang sekali papa ‘menyibuk’ dalam hal tersebut kecuali diberitahu oleh mama.  Walaupun sudah ada yang menguruskan hal anak tetapi tidak salah untuk papa hadir bersama menyokong. Contohnya hari pertama anak masuk ke tadika, hari pertama kelas renang, taekwando, ballet dan sebagainya lagi. Anak-anak akan ingat momen pertama dalam hidupnya bersama kehadiran orang penting dalam hidup iaitu papa dan mama. Ketahuilah papa, tiada siaran ulangan untuk semua momen indah tersebut.

  1. Ajar anak pelajaran penting
Bukankan anda adalah ketua keluarga. Maka bertanggungjawablah atas amanah tersebut. Pastikan anda orang pertama yang mengajarnya tentang tugas asas dalam kehidupan. Tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, papa orang pertama yang dipercayai oleh anak. Ajarlah anak bagaimana cara betul belajar berjalan, menggosok gigi, membersihkan diri, menunggang basikal dan lain-lain kemahiran. Anak anda memerlukan papa untuk mengajarnya tugasan besar dalam kehidupan apatah lagi tugasan harian yang mudah. Bantu anak belajar daripada kesilapan. Jika mereka melakukan kesalahan, papa seharusnya bantu mereka tidak mengulang lagi kesilapan tersebut di masa depan berbanding sekadar menghukum tanpa menerangkan mengapa.

  1. Rancang masa bersama anak
Untuk menjadi papa yang baik, anda harus bijak merancang masa bersama anak tidak kira sama ada mama ada bersama atau tanpa mama (kerana kerja luar daerah). Tidak kisah apa rancangan anda, yang penting jadikan masa bersama itu istimewa, diingati dan boleh dijadikan ulangan di masa akan datang supaya mereka ternanti-nanti masa istimewa dengan papa!

Sumber majalah pa&ma

Khamis, 29 Mei 2014

Kehidupan Selepas Kelahiran Anak


Bergelar seorang ayah! Tentu sahaja ia perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup seorang lelaki. Biasanya wanita yang baharu melahirkan cahaya mata akan dikaitkan dengan emosi yang bercampur baur bahkan jika berlarutan tanpa kawalan boleh membawa kepada masalah meroyan atau post partum.
Tahukah anda, seorang ayah juga boleh mengalami masalah tertekan selepas memiliki anak. Bagaimana mungkin rasa gembira dan bahagia kerana dikurniakan anak boleh bertukar kepada tekanan? Namun bukan semua ayah melalui pengalaman pahit ini, tetapi bagi yang bakal bergelar ayah persiapkan mentalanda untuk berhadapan dengan situasi baharu tersebut.
Sesuaikan diri dengan rutin ‘normal’ yang baharu
Ada sesetengah masa anda mungkin sangat berharapkan isteri cepat bersalin agar kehidupan normal yanglama dapat dinikmati semula. Lupakan sahaja kerana anda bakal berhadapan dengan rutin baharu yang lebih ‘menyeronokkan’.  Jangan risau! Lalui ia dengan tenang mengikut rentaknya kerana sudah pasti tanggungjawab baharu itu memerlukan banyak masa untuk anda mahir.
Biasakan diri untuk kurang tidur
Lupakan keselesaan anda tidur lena tanpa gangguan. Selamat datang ke dunia tidur tak lena. Jangan stres kerana ia pengalaman baharu yang sangat bermakna. Jangan biarkan isteri berseorangan bangun malam menjaga bayi walaupun dia yang perlu menyusukan bayi. Kehadiran anda di seawal jam 3 pagi sangat dihargai isteri. Anda boleh membantunya menukar lampin bayi. Saling membantu dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh anda berdua. Perlu diingat, isteri anda baharu sahaja melalui pengalaman melahirkan yang sangat memenatkan.
Perhatikan emosi isteri
Wanita baharu melahirkan bayi mengalami perasaan bercampur-baur antara gembira, sedih, letih, marah dan sebagainya. Ia perasaan biasa yang dialami oleh seorang ibu. Sebagai suami, anda perlu prihatin dengan perubahan tersebut. Sentiasa ada di sisi isteri, beri semangat kepadanya, jangan memarahinya, jangan tinggalkan dia keseorangan dan hulurkan bantuan dalam soal menguruskan anak.
Bersabarlah
Jika ia berkaitan soal hubungan intim, ia sepatutnya menjadi perkara terakhir yang anda fikirkan ketika melalui saat ini. Tempoh menyesuaikan diri anda berdua dalam situasi baharu tersebut memerlukan masa yang panjang. Jangan terburu-buru apatah lagi isteri baharu melalui pengalaman yang menyakitkan dalam proses melahirkan bayi. Apa pun jangan abaikan sentuhan dan belaian kasih sayang untuk terus mengukuhkan hubungan kalian berdua.
Yakinlah
Mereka berdua amat memerlukan anda selamanya. Isteri dan anak yang baharu lahir bergantung kepada anda untuk melalui fasa kehidupan yang baharu. Sebagai ketua keluarga, anda perlu terus berkeyakinan tinggi.
Jaga diri
Hormon diri anda juga sedang bercampur-baur. Jangan biarkan stres menguasai diri anda sebaliknya biarkan anda yang mengawalnya. Pastikan anda tetap menjaga kesihatan diri dengan makan secara teratur, berehat secukupnya kerana anda perlu terus kuat untuk melindungi insan tersayang dalam hidup anda. 
Sumber majalah pa&ma

Rabu, 28 Mei 2014

Tip Berjimat Cara Papa


Sebagai ketua keluarga, papa bertanggungjawab memastikan ekonomi keluarganya berjalan lancar. Sikap jimat cermat papa membantu merencanakan masa depan keluarga yang lebih cerah. Anda pula papa yang bagaimana bila berbicara soal jimat cermat.  Artikel ini berkongsi tip cara papa boleh mempraktiskan perbelanjaan berhemah.

Memiliki anak-anak yang sedang membesar dan tinggal di bandaraya sudah pasti menuntut perbelanjaan yang tidak kurang hebatnya. Dilema antara keperluan dan kemahuan dalam perbelanjaan isi rumah perlu diberi perhatian sebagai ketua keluarga. Yang pasti, si kecil tidak pernah mengerti maksud ‘tidak’ apabiladia mahukan sesuatu.

  1. Penyediaan buku catatan
Ia boleh dianggap sebagai buku log yang mencatat perbelanjaan  keluarga. Di dalam buku tersebut boleh dicatatkan segala pengeluaran wang yang dilakukan untuk tujuan perbelanjaan keluarga. Dari catatan itu, anda boleh tahu jumlah wang yang digunakan untuk mana-mana perbelanjaan yang dilakukan. Jika perbelanjaan tersebut tidak penting, ia boleh dipotong pada bulan hadapan.

  1. Buat simpanan
Mengenepikan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada pendapatan bulanan untuk tujuan simpanan. Simpanan ini perlu ada dalam pelan kewangan keluarga untuk kegunaan pada waktu kecemasan.

  1. Rancang perbelanjaan
Sebelum membeli barangan keperluan rumah tangga, pastikan membuat senarai catatan. Pastikan anda berdisiplin mengikut senarai tersebut agar kos pengeluaran kewangan boleh dikawal. Jangan sesekali membeli barang-barang yang tidak perlu.

  1. Bijak membeli
Membeli-belah ketika jualan murah juga boleh menjadi satu cara bijak membeli terutama pakaian untuk anak-anak. Namun pastikan pembelian itu berbaloi untuk jangka masa lama. Selain itu membuat tinjauan perbandingan harga juga boleh diguna pakai untuk pembelian yang bijak.

  1. Persediaan
Ini cara mudah untuk berjimat ceramt tetapi berkesan. Sebelum membawa keluarga keluar bersiar-siar di pusat membeli-belah pada hujung minggu, pastikan anda sekeluarga sudah makan makanan berat dahulu di rumah. Bila perut sudah kenyang, kurang sedikit kecenderungan membazir membeli makanan yang tidak menentu. cSekurang-kurangnya ia membantu menjimatkan kos makan dan hanya membeli makanan ringan sahaja yang diinginkan oleh anak-anak kecil. 
Sumber majalah pa&ma

Selasa, 27 Mei 2014

Kenapa Suka Gigit Kuku?


“Aiman, jangan gigit kuku. Kotor nanti kuman masuk mulut,” tegur Linda kepada anaknya yang gemar menggigit kuku. Sudah puas dia menegur, memarahi dan menasihatkan tetapi si anak tetap tidak serik mengulang tabiatnya itu.
Sebagai seorang ibu, tentu sahaja anda berasa geram dengan tabiat buruk anak dan terfikir bagaimanakah cara terbaik hendak menghentikan perbuatan tersebut. Bimbang jika tidak dihentikan, tabiat tersebut berlarutan sehingga mereka dewasa.
Mengenal pasti punca adalah langkah awal yang mesti dilakukan oleh anda apabila hendak mengatasi tabiat buruk si anak. Sebenarnya mengikut faktor psikologi, kanak-kanak yang gemar menggigit kuku mempunyai alasan tertentu mengapa mereka melakukan tabiat tersebut.
Ibu dan ayah perlu memahami kebiasaan anak yang suka menggigit kuku. Jika anda tidak pernah melalui pengalaman tersebut ketika kecil mungkin sukar bagi anda memahaminya dan kemungkinan anda cepat naik angin apabila anak terus melakukan perbuatan tersebut.
Antara punca anak gemar menggigit kuku adalah perasaan mereka yang kebosanan, kecemasan, marah dan tertekan. Anda boleh perhatikan gelagat anak apabila mereka mula menggigit kukunya. Cuba ingat kembali apa yang berlaku kepadanya sehingga membuatkan dia menggigit kukunya. Jarang sekali kanak-kanak menggigit kuku tanpa alasan yang jelas.
Berhenti gigit
Tindakan awal yang  anda lakukan sebaik melihat si kecil menggigit kuku adalah melarang perbuatan tersebut. Tidak salah membuat tindakan itu tetapi menghukum atau memarah anak hanya akan membuatkan dia semakin ingin menggigit kukunya. Sebaiknya anda analisis apa yang menjadi penyebab dia menggigit kuku.
Jika anda tidak dapat menemukan jawaban, cuba jelaskan kepada anak dengan bahasa yang mudah supaya dia faham bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan boleh membahayakannya. Jangan sekali-kali berbohong mengenai hal ini . Anda juga boleh membuat langkah berikut apabila anak memulakan tabiat menggigit kukunya.
Berikan peringatan. Jika dia mula menggigit kuku beri peringatan dengan memegang tangannya atau cara lain yang dapat menunjukkan anda melihat perbuatan tersebut. Bagaimanapun jangan sampai membuatnya berasa malu kerana teguran itu.
Berikan sesuatu untuk dipegang. Kadang kala untuk mengalihkan perhatian anak daripada melakukan perbuatan yang buruk, anda perlu memberikannya sebuah mainan atau objek lain.
Potong kuku secara teratur. Sentiasa pastikan kuku anak anda bersih dan kemas agar terhindar daripada kotoran di celah kukunya.
Tutup kukunya. Bagi kes yang semakin kronik, tindakan menutup kukunya menggunakan plaster atau penutup lain boleh dilakukan. Mungkin anda boleh memakaikan inai semula jadi pada kuku anak perempuan supaya dia merasa sayang untuk menggigitnya.
Berikan rasa tidak sedap. Mungkin anda juga boleh mencalitkan perasa pada kuku anak anda. Bagaimanapun pastikan perasa tersebut tidak berbahaya seperti beracun, melukakan kulit, mata dan tidak selamat jika termakan.

Sumber majalah Pa&Ma

Isnin, 26 Mei 2014

Si Manja Kurang Berat


Masalah kurang berat badan dalam kalangan bayi berusia setahun ke atas tidak boleh dipandang ringan.Ini kerana kurang berat badan yang sepatutnya menunjukkan anak tidak mendapat khasiat secukupnya. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan dan tumbesarannya.
Makanan lembut boleh diberikan seawal usia enam bulan. Contohnya, bubur nasi yang dikisar bersama isi ayam dan sayuran. Pelbagaikan pilihan makanan juga sayuran bagi memastikan anak mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.
Ini kerana sejenis makanan hanya mempunyai sejenis nutrien yang diperlukan sahaja. Maka jika hanya satu pilihan sahaja diambil, hanya satu jenis nutrien yang diperoleh. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan zat besi. Jadi dalam hal ini, kalsium daripada susu penting bagi kesihatan tulang yang secara tidak langsung membantu tumbesaran zat.
Zat besi pula penting bagi pembinaan sel darah, pengangkutan oksigen, penghasilan tenaga dan pertahanan sistem badan. Bagi menambah berat badan, jumlah tenaga atau kalori yang diambil perlu ditingkatkan. Contohnya, ikan digoreng terlebih dahulu sebelum isinya dicampurkan dengan bubur nasi.
Roti putih disapu dengan marjerin lembut dan sebagainya. Dalam hal ini, sedikit lemak atau minyak yang diberikan melalui masakan tidaklah menjadi mudarat asalkan dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.

sumber majalah pa&ma