Untuk Ibu Menyusu
Secara logiknya ibu yang menyusukan bayi berkongsi makanan dengan bayi ketika menyusukan kerana segala apa yang dimakan bertukar menjadi susu untuk bayi.
Itulah sebabnya mengambil makanan yang berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika hamil, tetapi semasa dalam tempoh menyusukan bayi. Diet semasa menyusukan bayi perlu mengambil kira makanan yang mampu memberi tenaga berpanjangan serta tindak balas bayi terhadap apa yang ibu makan.
Lemak dalam badan
Pengumpulan lemak dalam badan wanita semasa mengandung adalah untuk membantu menghasilkan susu semasa menyusu. Susu yang dihasilkan adalah sebahagian daripada simpanan lemak badan dan sebahagian adalah daripada pemakanan ibu.
Makan dengan teratur
Ibu yang terlampau penat, kekurangan masa untuk makan, tidak mendapat makanan yang cukup berkemungkinan akan mengadu keletihan dan rendah bekalan susu. Jika ibu mengambil pelbagai jenis makanan dengan sukatan yang mencukupi, dia akan mendapat protein, vitamin dan mineral yang diperlukan.
Kekurangan susu
Jika ibu kurang mengambil makanan, susu akan dihasilkan daripada simpanan lemak badan pada awalnya. Susu berkemungkinan akan berkurangan dari segi kuantiti dan mungkin rendah kandungan lemak dan beberapa jenis vitamin berbanding susu yang dihasilkan oleh ibu yang mendapat pemakanan yang seimbang. Namun, susu itu masih berkualiti.
--Info--
Diet tidak sihat yang diamalkan sepanjang hamil akan berkait dengan pembentukan bayi seperti meninggal semasa lahir, bayi pra-matang atau berat badan yang rendah, kerosakan otak bayi dan kecerdasan yang rendah serta anak yang mudah sakit.
Sumber : PAMA
Feel free to Like & Share
LIKE Family Healthy Nutritions

Tiada ulasan:
Catat Ulasan